Sunday, September 30, 2012

Saturday all about kids

Assalamualaikum..

Setelah all the heavy drama on friday sebab tak achieve sales dan kesannya masih terasa hingga hari ini.. Uhuk uhuk.. Nak cakap lebih2 pun dah basi kena usaha lebih lagi for this quarter.

Anyway saturday all about my kids so tak boleh la nak emotional lebih lebih. Ni lah kan bila dah jadi mama kena la pakai many hats. Corporate hats, mother hats, driver hat, chef hat, security hat dan macam2 hats lagi lah. Pagi2 dah kena bangun jadi driver sebab anak2 nak gi rumah kawan nak siapkan preparation hitea sekolah. Huish zaman sekarang ni ada hi tea dulu2 hi tea pun tak tahu apa benda. Sebelum hantar kena la bawak makan breakfast dulu nanti buat malu je pergi rumah orang lapar hehehe.

So after hantar semua mama pergi la buat errant jap then tut tut tut mama boleh ambil kitaorang dah siap. So gegas la ambil the kids.. Bawak gak la baby and their cousin sebab weekend dia tidur kat rumah kita orang.

Before balik bawak gi late lunch jalan2 kat the store dekat rumah aje. Makan2 pastu rush balik rumah sebab the girls nak siap siap pergi hi tea at club organize by their school acara pengawas. Nana n wina dua dua jadi pengawas so happy la nak gi hi tea. Hah cuba la tenguk dah besar anak anak akak.. Hehehe



Ni outing bawak gi lunch.. Tengah tunggu food.



Sempat la posing2 while waiting for food.


Umur diaorg ni gap besar gak.. Sorang form 1 yg kazen tu baru darjah 2 tapi sebab kakak tu still childish hmmm mmg boleh klik lah kan.. Janji behave.




Hah ni baby semua nak.. So kakak pun suap.. Haish terkial kial kakak nak suap makan. Tenguk tu macam buat experiment.



Hah ni dah comel dah.. Aduii besaq dah anak mama nih..



Ni sorang lagi.. Bergaya de boom de boom..



Uwaaaa noooooo don't grow up. ;-( they grow soooo fast.. Tup tup dah bawak balik cucu.. Nooooo hehehe dramatic jap..

So hantar pi club then nanti malam kul 8 malam gi amik balik.. Nanti lepas ni gi hi tea sure bukan mama yang hantar dah uhuk uhuk... Tapi apa apa pun mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak anak kesayangan mama nih... Baby sophiea don't grow up so fast..



Hehehe cute muka derrrr baby.

Love my kids so very much.

Friday, September 28, 2012

Quarter End Drama

Hye.. Eh silap bagi salam la..

Assalamualaikum...

Today akak nak cite peritnya jadi saleswomen pabila numbers tak meet and dah quarter end. Kejar punya kejar order tak masuk masuk walaupun ke akhir masa.

Kita boleh cakap dah usaha tapi tiada rezeki tapi adakah alasan itu akan diterima oleh management.. Hah nak kena belasah.

So anyway my sales teramat lah teruknya.. Tak pernah dalam sejarah hidup teruk sebegini. Teramat sedih hingga tak terkata.. Macam maut dan u nampak semua kesalahan u hah macam tu rasanya.. Tapi nak mati tak lalu makan dah.. Ni stress tak boleh nak jumpa sesapa sbb sebak sangat so akak pun membawa diri duduk sorang2 cuba kawalkan emosi hehehe. Hah tenguk gambar ni cuba teka kat mana..





Hah so akak pun duduk diam2 eh tak diam.. Mana la tak gemuk sbb stress akak terbeli makanan.. Dengan tak sengaja akak terorder begitu byk untuk di makan seorang tetapi ahh tak ku kisah.. Cuba tenguk apa akak order sedap pulak tu..



Kek red velvet tu yang mengacam sebenarnya.. Fuh meleleh air mata tenguk tadi.. Rasanya pun sedapppp..

Ini la nasib salesman end quarter.. Itu pun syukur alhamdullilah ada gak duit nak beli makanan nih.. Kalau tak haishh duduk gerai mamak ok gak.. So di sini akak pun strategiez new move for next quarter and next year.. Dalam semua ini yang buat akak sedih sebab akak salahkan diri akak yang bersalah kerana gagal achieve quota.. Mula la i shud hv do this and that tetapi semua terlambat utk this quarter..

Tarik nafas n full gear for next quarter.. Kejar segala order dan kena tukar dan improve lagi sifat or attitude to excell.. Insyaallah


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 25, 2012

Luahan hati

Hah ce tenguk tajuk akak.. Luahan hati sebab dah tak tahu nak luah kat mana hehehe.. Lagipun dah lama tak memblog so boleh la luahan jap..

Akak ni seorang jurujual di sektor awam bahagian IT. Hah spesifik lagi di bahagian IT Security ala yang paling cikai tu antivirus dalam komputer tuuu yang paling terer security cloud yang menjadi bahan topik hangat di pasaran. Akak keje company ni dah nak masuk 3 tahun.. Hah akak rasa lama dah tu so terdetik di hati nak mencari rezeki di tempat lain dengan alasan mana la tau better offer.. Biasala kan alasan standard.

So anyway niat di hati tu terdetik sejak dua menjak ni dan secara tak langsung rupa rupanya telah menggangu prestasi kerja. So pagi tadi ada la hamba Allah ni customer akak sudah bagi message yang agak pedihs.. Habis ayat bloody blada n damn semua kena tarok.. Akak pun react dgn pantas melihat apakah yang tersalah laku. Walaupun bab bank and legal agak lambat tetapi sebenarnya akak terpaksa rela mengaku hehehe terpaksa sebenarnya kesalahan akak kerana tidak manage the account and customer expectation. So setelah kena belasah akak pun bertindak dan bagitahu boss. Ok la lepas tu buat la keje mcm biasa then malam dinner ngan boss aka kawan baik dan customer aka kawan. Lepaks cite citi then nak balik akak pun bgtau la boss akak nak cari keje lain sbb akak dah boring la keje situ..hmm pastu mmg kena la ngan boss bla bla bla for the wrong reason... Bla bla bla you never wanna change for a better bla bla bla..

Kesimpulannya di sini akak tahu mistake akak and the easy thing is to just walk away and forget d mistake. Start new at other places with new spirit hehe itu easy way out.. But the matured thing to do is to stay and change. Acknowledge the mistake and improve. Understand the bottleneck and resolve by plan the work well.. Hehe cakap akak memang terer berabuks rabuks tapi suruh buat hampeh.. So anyway nak taknak kena la buat and face the consequenses betui ke eja nih... Ada rezeki keje lain baru fikir now kena la FOCUS and EXCELL. Lupakan kebosanan dlm hati hah tu sebab banyak dosa la Allah bagi hati bosan. Takutnya.. Belum apa2 reminder and balasan from Allah laju je.. Solat tak cukup la nih.. Dah dah gi solat.. Istifar banyak banyak...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 11, 2012

Hujan lebat

Time time camni baru la nak memblog sebab dah bosan tahap dewa. Stuck kat anw kota damansara sebab g maybank. Nak g kat kereta hujan lebat gilos..

Lapar tapi tak nak la makan anw nnt spoil la nak makan kat open house. Satay sure ada punya.. Fuh tak sabar nak makan nih. Hujan bila la nak stop.. Orang yang buat open house kesian la plak hujan2 nih.. Hi dah la yg buat open house tu buat kat open air letak khemah.. Sure stress.

Apa apa pun hujan rahmat nih.. Kita sabar je la kan. Tenguk lebat sangat hujan.



So while waiting hujan stop and degil tak nak beli anw alas perut duduk je la tangkap gambar sendiri, gambar kasut.. Haish manusia manusia hehe




Hah perasan lawa la nih. Eh look at my shoes..



Hah ada gaya ok.. Jauh ni beli. Tenguk terus beli tak pikir dah.. Konon habis vouge dah la nih heehehe


- Posted using BlogPress from my iPhone