Assalamualaikum...
Today akak nak cite peritnya jadi saleswomen pabila numbers tak meet and dah quarter end. Kejar punya kejar order tak masuk masuk walaupun ke akhir masa.
Kita boleh cakap dah usaha tapi tiada rezeki tapi adakah alasan itu akan diterima oleh management.. Hah nak kena belasah.
So anyway my sales teramat lah teruknya.. Tak pernah dalam sejarah hidup teruk sebegini. Teramat sedih hingga tak terkata.. Macam maut dan u nampak semua kesalahan u hah macam tu rasanya.. Tapi nak mati tak lalu makan dah.. Ni stress tak boleh nak jumpa sesapa sbb sebak sangat so akak pun membawa diri duduk sorang2 cuba kawalkan emosi hehehe. Hah tenguk gambar ni cuba teka kat mana..
Hah so akak pun duduk diam2 eh tak diam.. Mana la tak gemuk sbb stress akak terbeli makanan.. Dengan tak sengaja akak terorder begitu byk untuk di makan seorang tetapi ahh tak ku kisah.. Cuba tenguk apa akak order sedap pulak tu..
Kek red velvet tu yang mengacam sebenarnya.. Fuh meleleh air mata tenguk tadi.. Rasanya pun sedapppp..
Ini la nasib salesman end quarter.. Itu pun syukur alhamdullilah ada gak duit nak beli makanan nih.. Kalau tak haishh duduk gerai mamak ok gak.. So di sini akak pun strategiez new move for next quarter and next year.. Dalam semua ini yang buat akak sedih sebab akak salahkan diri akak yang bersalah kerana gagal achieve quota.. Mula la i shud hv do this and that tetapi semua terlambat utk this quarter..
Tarik nafas n full gear for next quarter.. Kejar segala order dan kena tukar dan improve lagi sifat or attitude to excell.. Insyaallah
- Posted using BlogPress from my iPhone
1 comment:
Kak lain kali makan ajak sekali ya. Boleh kita berstress berdua ekor
Post a Comment