Apa Khabar semua..
Bertemu kembali. Kali ini saya tengah menunggu kengkawan. Mereka semua pergi meeting..huh kenapa saya tak masuk meeting..hmmm hehehe bukan meeting saya, saja je ikut. Pergi satu kereta so terpaksa la duduk kat cafe berdekatan and buat kerja.
So email dan download, dah baca dan dah jawab. Meeting semua dah di uruskan untuk next week. This week takde meeting sangat sebab customer masih bercuti Raya Cina. Oleh itu sambil duk tunggu tunggu ni terasa nak blog la plak kan...
Apa buat semua masa Hari Raya Cina. Saya sibuk dengan anak anak tapi di Kl sahaja. Seronok kosonggg takde orang. Boleh bergolek golek di jalan raya. Setiap hari pergi mall sampai naik muak la plak. Oleh itu semalam tersesat hingga Ayer Keroh bersama anak dara ku. Pergi Mini Malaysia. Suka nya..bak kata Mei Mei dalam Upin Ipin..saya suka saya suka..hehehe
Cantik betul rumah2 kampung kat Mini Malaysia tu. Anak2 semua happy siap rasa terkilan sebab diaorang takde rumah kampung macam tu dan tak merasa hidup sebegitu. Itu lah nak cakap apa, mak diaorang pun tak pernah merasa. Balik kampung rumah dah batu..pastu bila balik Gurun Kedah, rumah papan duduk hotel..ish ish ish..
Bila zaman sekarang, takde dah kampung. Memang dah jadi orang KL rumah pun dari depan ke belakang semuanya batu..adat pun takde macam kat kampung adat jiran tetangga bukan main kuat lagi..hmm KL ni jiran sebelah pun nasib je kalau kenal. Apa kah kita patut lakukan..apa kah perubahan yang patut kita lakukan agar generasi akan datang faham hidup berjiran nih..
Di bandar KL nih, keluar gelap balik pun gelap..dapat bersua muka ngan anak tu kira bagus dah. inikan pulak jiran..berselisih je la kalau sempat. Kawasan rumah saya plak pagar batu yang memang macam tembuk cina hmmm lagi la tak tahu ada jiran kat rumah ke tak hahaha... rumah semua hebat hebat habis keliling ngan pagar tembuk tinggi..tak nak berkawan ke? atau fesyen? atau lebih suka privacy agaknya.. Kalau ada yang bela anjing jiran pulak melayu..kan senang letak tembuk tak la anjing tu kacau katanya..ohhh camtu.
Ingat masa kecik2 dulu, tinggal kat segambut. Jiran cina ada bela anjing..hehehe. Sibuk kitaorang duk panggil anjing tu datang ke pagar. Bagi biskut la..main ngan anjing tu la guna ranting.Nanti dia kejar pusing2..Jiran senyum je..siap main sekali and terang anjing tu suka buat apa. Mama masa tu marah.. bila terkena anjing balik suruh samak. Anjing tu tak bersalah..rasanya boleh je main kejap2 pastu samak. Tapi sekarang kalau anak2 pegang anjing marah macam najis sangat anjing tu.. hmm bab agama ni tak la pandai sangat tapi najis nih ada banyak jenis. So terang pada anak2 dengan betul ok sebab itu lah yang mama saya buat dulu.
Hari ni...cerita ceriti sahaja sebab gambar tak download lagi ke komputer..nanti kita n3 thru ipad hah boleh attach gambar ke Mini Malaysia. Berbalik ke Mini Malaysia ni, rasa bangga betul jadi anak Malaysia. Penuh dengan kebudayaan.. banyak cerita kita di Malaysia. Dulu muda2 tak suka betul sejarah tapi bila dah faham hmm barulah appreciate sejarah. Bangga dengan sejarah Malaysia. Berdoa agar keharmonian Malaysia terjaga sampai cucu cicit..jangan lah kita bergaduh dan berpecah belah. Untuk mancapau kemerdekaan dulu satu usaha yang payah dan dicapai dengan penuh kegigihan. Sekarang dah merdeka jangan la duk bergaduh sesama sendiri..
Wah panjangnya melalut..ok lah nanti kita cerita lagi and will put in nice picture to view..
Salam Satu Malaysia.
No comments:
Post a Comment