Thursday, October 3, 2013

Good Bye My Friend.. We will miss you.

Sedihkan tajuk..

Orang semua cakap kita ni ajal tiada siapa yang tahu. Itulah dia, janganlah kita take people for granted. Tambahan pula orang yang kita sayangi. Kita tak tahu esuk lusa apa akan terjadi.

Ceritanya berlaku last weekend hari Sabtu. Tengah makan makan bersama anak anak tetiba dapat message kawan ku yang selalu ku jumpa tiap tiap minggu telah pergi meninggalkan kami. Permergiannya begitu mengejut.

Beliau seorang yang baik hati and gentlemen. Jumpa beliau semasa beliau kerja di IT Proton. Kebetulan saya adalah vendor pada Proton. Mula mula jumpa haish pakcik ni macam poyo je. Boleh ke kerja dengan dia. Bila menang project dan kenali dia, wah tak la poyo tetapi seorang yang suka melawak rupanya. Oleh kerana deployment of systems selalu gak la jumpa dengan beliau. Lama lama jadi sahabat dan masuk ke dalam circle of IT friendship. Bila ada makan makan kitaorang tak lupa ajak beliau. Dari tahun 2010 hingga lah ke tahun ini 2013 kami berkawan rapat, kira one of our good friend. Our sebab beliau selalu lepak bersama saya dan kengkawan office. Tahun ini selalu jumpa sebab setiap hari Khamis akan ada badminton. Beliau tak pernah tak join. Bila beliau ada suasana jadi meriah sebab dia ni suka buat kelakar.. Ada je lawak dia dan suka bergurau..

So pada suatu hari, ingat lagi hari Jumaat dapat message dari beliau tanya mana, nak dinner tak. So ajak dia makan kat cittamall dengan group badminton. Masa makan nampak dia tak segembira atau melawak sangat. Ingatkan mungkin madalah kerja sebab masa tu dia tengah buat DR systems. Lepas makan dia tetiba minta diri dulu selalunya kita akan balik pada waktu yang sama. Itulah kali terakhir kami berjumapa. Seminggu lepas tu kami mendapat berita beliau telah pergi meninggalkan kami selama lamanya.

Ceritanya,beliau berada di rumahnya, dia tengah minum air pastu sakit dada. Dia duduk dan terus collapse. Isterinya panggil jiran dan bawa ke hospital terdekat. Bila sampai doctor pronounce dia telah meninggal dunia. Kami terus bergegas ke hospital di Kota Kemuning.

Melihat isterinya yang menanggis
serta 3 orang anak anaknya yang masih kecil. Arwah berumur 41 tahun. Anak yang tua berumur 10 tahun, nombor dua 8 tahun dan yang kecil 5 tahun. Ya Allah sedih sangat melihat suasana sebegini. Lebih sedih sebab saya pernah mengalaminya juga. Hmmm itu cerita lain la kan. Ceritaku yang tidak pernah ku blog kan. Suatu hari akan ku cerita pengalaman ku kongsi bersama.

Pada hari pengkebumian beliau kami semua turun memberi hormat yang terakhir. Sungguh sedih dan lihat semua menitis airmata.

Takkan ku lupa sahabat ku ini dan sentiasa mendoakan roh beliau.




Ridzuan Kassim will always be remembered. He is in the red t-shirt. You are the greatest friend who never fail to listen and always there to help a friend.
Your story will never be forgotten.

Ya Allah lindungilah roh kawanku ini. Tempatkan lah bersama orang orang yang beriman dan lindungilah beliau daripada seksaan kubur.

Amin....

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: